
CARA-CARA MENJALANI KEHIDUPAN YANG SIHAT.
Mahfum daripada sepotong hadis
Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, “Jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa
sakit”. Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan dalam
kehidupan. Kesihatan merupakan kurniaan Allah yang sangat bernilai. Kesihatan
yang baik membolehkan kita meneruskan kehidupan dengan baik. Persoalannya,
adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Justeru, kita
perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan
sejahtera
Asas kehidupan yang sihat
bermula daripada makanan. Oleh itu, untuk menjalani kehidupan yang sihat,
pemakanan yang seimbang perlu diamalkan. Pematuhan kepada pyramid makanan amat
digalakkan. Hal ini membawa maksud lebihkan makan makanan seperti bijirin,
sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan serta kurangkan pengambilan gula lemak dan
makanan ringgan.Sebaik-baiknya makan di restoran atau di kedai-kedai makan
perlu dielakkan. Hal ini kerana kandungan makanan yang terdapat dalam makanan
tersebut tidak pasti asal-usulnya. Berkemungkinan juga makanan tersebut diragui
kebersihannya seterusnya hal ini akan meninggal impak yang tidak sihat kepada
tubuh badan kita.
Tubuh yang sihat
juga mampu dizahirkan melalui aktiviti bersenam dan bersukan. Sebaik-baiknya
aktivitia bersukan dan bersenan dilakukan pada setiap petang. Namun jika tuntuan
kerja tidak membenarkan kita bersukan pada setiap petang, apalah salahnya
bersenam empat kali dalam seminggu. Janganlah kerja yang membukit dijadikan
alasan. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa utuh, ”di mana ada kemahuan di
situ ada jalan”. Selain itu, ahli keluarga boleh dijadikan
nukleus untuk bersama-sama melakukan senaman. Banyak jenis senaman yang boleh
dilakukan termasuk berlari, tai-chi dan aerobik. Namun
begitu, menanam pokok bunga juga merupakan senaman yang menyihatkan.
Jika berkesempatan senaman boleh dilakukan di taman-taman
rekreasi atau di gimnasium. Selain dapat menyihatkan tubuh badan, melakukan
senaman juga boleh menjadi serampang dua mata kerana aktiviti ini dapat
merapatkan hubungan kekeluargaan.
Pemeriksaan
kesihatan boleh dilakukan untuk melengkapkan grafik kesihatan seharian. ”Meminta
pada yang ada, bertanya pada yang tahu”. Oleh itu, doktor boleh dijadikan medium
yang penting bagi mendapatkan tahap kesihatan semasa diri. Dalam pada itu,
kehadiran kita ke klinik atau hospital membolehkan kita menambahkan pengetahuan
yang sedia ada. Apa tidaknya? Berjuta-juta maklumat terdapat di hospital.
Terdapat juga papan tanda yang bermaklumat dan berwarna-warni dihidangkan. Tidak
sedikit bayaranpun dikenakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut.
Justeru, kenapakah wujud sikap malas untuk bertemu doktor? Berpeganglah kepada
prinsip bukan senang hendak menjadi senang dan bukan susuh hendak menjadi susah,
segala-galanya tepuk dada tanyalah selera!
Kesimpulannya,
kesihatan merupakan elemen terpenting dalam kehidupan. Tanpa kesihatan yang
baik, tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik Menjaga
kesihatan samalah seperti menjaga nyawa sendiri hal ini kerana tiada satu barang
di dunia ini boleh menandingi nikmat kesihatan pemberian Allah Kita boleh
menjadikan mafhum sepotong hadis yang menyatakan bahawa kehidupan bagai sebatang
tubuh, jika ada naggotanya yang sakit justeru semua tubuh akan berasa sakit.
Hadis ini boleh mengambarkan bahawa kesihatan memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan. Jika tiada kesiharan yang baik, maka tempanglah kehidupan.
Berdoalah kepada Allah supaya dikurniakan kesihatan yang
baik.
Ulasan:
Tugasan - karangan menepati kehendak
tugan
Bahasa - Gramatis dari segi kata dan ayat, walaupun ada
kesalah tidak ketara
Pengolah - Menarik dan berkesan
Markah:
Cemerlang.
27/30
* Mungkin terdapat kesilapan ejaan, hal tersebut, "taiping error". mohon maaf.
* Mungkin terdapat kesilapan ejaan, hal tersebut, "taiping error". mohon maaf.
No comments:
Post a Comment