Bersih
Dua ekor lipas sedang makan sampah di tepi longkang semasa membincangkan tentang sebuah restoran baru.
Lipas satu : Aku sudah pergi ke restoran baru itu. Restoran itu sungguh bersih. Dapurnya tidak pernah kotor dan sentiasa dilap dan dibersihkan. Lantainya putih bersinar. Tidak ada langsung kekotoran di mana-mana. Restoran itu memang sungguh-sungguh bersih!
Lipas dua : Tolong jangan cakap pasal benda itu masa aku tengah makan. Nanti aku tak lalu makan.
Farrah Aqila :)
No comments:
Post a Comment