Menurut memo dalaman, ‘’American Telephone & Telegraph’’ berbincang bagi membangunkan telefon tanpa wayar pada 1915, tetapi bimbang pelaksanaan teknologi tersebut akan melemahkan monopolinya pada perkhidmatan berwayar di Amerika Syarikat.[2]
Perkhidmatan telefon mudah alih perdagangan pertama dilancarkan di
Jepun oleh NTT pada tahun 1978. Menjelang November 2007, jumlah
pelanggan telefon mudah alih di seluruh dunia telah mencecah.3 bilion,
atau separuh dari populasi manusia (sungguhpun sesetengah pengguna
memiliki langgan berganda, atau langganan tidak aktif), yang turut
menjadikan telefon bimbit teknologi paling meluas digunakan dan peranti
eletronik biasa di dunia.[3]Terdapat juga kajian mengenai faktor penerimaan perkhidmatan telefon mudah alih[4]
Sejak dipasarkan secara komersial kira-kira 10 tahun lalu, telefon bimbit mengalami perkembangan pesat dengan lebih 15 juta pengguna di Malaysia pada 2004, berdasarkan kajian yang dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).Daripada jumlah itu 61.1 peratus pengguna telefon bimbit adalah lelaki, manakala 38.9 peratus adalah perempuan.
Dari situ wujudlah beraneka bentuk teknologi telefon bimbit bermula dari teknologi Sistem Global Komunikasi Mudah Alih (GSM), dilengkapi pula WAP / GPRS sehinggalah ada yang boleh memuat turun muzik, dihubungkan ke Internet serta merakamkan gambar secara pegun atau visual. Hebatkan!
Alexander Graham Bell
berjaya mencipta telefon pada tahun 1876 sekali gus membolehkan
masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu dengan lain walaupun
berjauhan.
Walaupun, sejak kematiannya pada 1922, teknologi telekomunikasi
masih mengalami perubahan mendadak dan berkembang begitu pesat sekali,
inovasinya diperbaharui oleh generasi kemudian hingga membolehkan
manusia di bumi berhubungan dengan manusia lain sekalipun berada di
bulan tanpa bantuan kabel.
Di Malaysia sistem telekomunikasi tidak berwayar analog (ETACS) mula
diperkenalkan pada 1989. Sejak diperkenalkan, Malaysia menjadi antara
pengguna sistem mudah alih berasaskan ETACS terbesar dunia yang mana
ruang liputannya melebihi 90 peratus kawasan pendudukan.
Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak ATUR (Automatic Telephone Using Radio) 450 pada Mei 1985, telefon bimbit sudah menjalani evolusi yang begitu pantas, dari segi teknologi dan reka bentuknya.
Dua sistem digital yang pertama mula beroperasi pada 1992, iaitu GSM (Global System for Mobile Communications) di Eropah dan D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone Service) di Amerika Utara.
Sebanyak 9.5 bilion SMS dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna
telefon bimbit di Malaysia sepanjang 2004. 3.4 bilion pula direkod
sehingga suku pertama tahun 2005. Teknologi terbaru bidang
telekomunikasi adalah penggunaan QR Code yang melibatkan telefon bimbit berkamera.
Telefon bimbit pertama yang membolehkan sambungan Internet dan
surat-e tanpa wayar adalah Nokia Communicator, yang dikeluarkan pada
1996, dengan itu mencipta kategori baru telefon mahal yang dikenali
sebagai telefon pintar. Pada 1999 perkhidmatan internet mudah alih
pertama dilancarkan oleh NTT DoCoMo di Jepun
di bawah perkhidmatan i-Mode. Menjelang 2007 lebih 798 juta orang
seluruh dunia mencapai Internet atau seumpamanya dengan menggunakan
perkhidmatan internet mudah alih seperti WAP dan i-Mode atau
sekurang-kurangnya menggunakan telefon bimbit dan bukannya komputer.
Sistem selular
Telefon bimbit menghantar dan menerima isyarat radio dengan beberapa stesyen pengkalan tapak sel yang dilengkapi dengan radio gelombang mikro.
Tapak ini biasanya dipasang pada menara, tiang atau bangunan, dan
terletak di seluruh kawasan berpenduduk, kemudian dihubungkan kepada
system suis dan jaringan komunikasi berkabel. Telefon memiliki pemancar
berkuasa rendah yang memancar suara dan data kepada tapak sel terdekat,
biasanya tidak lebih dari 8 hingga 13 km (sekitar 5 hingga 8 batu)
berhampiran.
Apabila telefon bimbit atau peranti data dipasang, ia mendaftar dengan Pusat Pertukaran Bergerak (‘’Mobile Switching Center’’),
atau suis, dengan pengenalan uniknya, dan kemudian ia boleh diberitahu
oleh suis boleh gerak apabila terdapat panggilan masuk. Telefon bimbit
itu mendengar secara berterusan bagi isyarat terkuat di terima dari
stesyen pengkalan sekeliling, dan mampu untuk bertukar dengan lancar
antara tapak pemancar. Ketika pengguna bergerak dalam jaringan,
peralihan dilakukan bagi membenarkan peranti beralih tapak tanpa
menganggu panggilan.
Tapak sel biasa berkuasa rendah (seringkali hanya pemancar radio satu
atau dua watt) yang memancar kehadirannya dan menyampaikan perhubungan
antara set telefon bimbit dan suis. Suis itu kemudiannya menyambung
panggilan kepada pelanggan pembekal khidmat tanpa wayar atau kepada
Jaringan Telefon Awam -PSTN, yang termasuk jaringan pembekal tanpa wayar
yang lain. Kebanyakan tapak ini disamarkan bagi bersatu dengan
persekeliling, terutama di kawasan desa.
Jaringan generasi ke tiga (3G), yang sedang dilaksanakan, bermula di
Jepun pada 2001. Ia digital sepenuhnya dan menawarkan capaian data
pantas tambahan kepada perkhidmatan suara dan termasuk W-CDMA
(dikenali sebagai Universal Mobile Telecommunications System - UMTS),
dan CDMA2000 EV-DO. Cina pula melancarkan teknologi generasi pada
piwaian TD-SCDMA. Pengendali menggunakan campuran jalur frekuensi yang
telah ditetapkan oleh keperluan jaringan dan peraturan tempatan.
Sebagai usaha bagi menghadkan kerosakan memiliki pemancar hampir
dengan tubuh pengguna, telefon selular pertama memiliki pemancar antenna
berasingan pada kenderaan, dan set tangan (dikenali sebagai “telefon
kereta” dan “telefon bag”) dihadkan pada maksima 3 watts Kuasa Pemancar
Berkesan (‘’Effective Radiated Power’’). Telefon sel moden yang
mempunyai antenna yang dipegang beberapa inci dari kepala dihadkan pada
kuasa pemancer 0.6 watt ERP. Walauapapun potensi kesan biologi, jarak
pemancar dikurangkan bagi telefon moden menghadkan kegunaannyai luar
bandar berbanding telefon kereta/telefon bag, dan telefon bimbit
memerlukan menara sel dipasang lebih berdekatan bagi menangani
kekurangan kuasa pemancar.
Sesetengah telefon bimbit termasuk port antenna tambahan pada
belakang telefon, yang membenarkannya disambung kepada antenna luaran
besar dan penguat selular 3 watt. Selain itu di kawasan penerimaan tepi,
pengulang selular mungkin digunakan, yang menggunakan cakera antenna
penerima tinggi jarak jauh atau antenna yagi bagi berhubung dengan
menara sel melebihi julat biasa, dan pengulang bagi menyiarkan semula
pada antenna kecil jarak dekat yang membenarkan telefon sel dalam
beberapa meter untuk berfungsi dengan baik.
Set tangan
Nokia
masa kini merupakan pengeluar telefon bimbit terbesar, dengan menguasai
sekitar 40% bahagian pasaran dunia pada 2008. Pengilang telefon bimbit
utama yang lain termasuk Samsung (14%), Motorola (14%), Sony Ericsson (9%) dan LG (7%).[5] Pengilang ini menguasai lebih 80% kesemua telefon bimbit yang dijual dan menghasilkan telefon bagi jualan di kebanyakan negeri.
Pengilang lain termasuk Apple Inc., Audiovox (kini UTStarcom),
Benefon, BenQ-Siemens, CECT, High Tech Computer Corporation (HTC),
Fujitsu, Kyocera, Mitsubishi Electric, NEC Corporation, Neonode,
Panasonic (Matsushita Electric), Pantech Curitel, Philips, Research In
Motion, SAGEM Communication, Sanyo, Sharp Corporation, Siemens AG,
Sendo, Sierra Wireless, SK Teletech, Sonim Technologies, TCL Corporation
/T&A Alcatel, Huawei, Trium dan Toshiba. Ini juga merupakan system
perhubungan pakar yang berkait dengan (tetapi berasingan dari) telefon
bimbit.
Terdapat beberapa kategori telefon bimbit dari telefon asas hingga
telefon banyak ciri seperti telefon muzik dan telefon kamera, hingga
telefon pintar. Telefon pintar pertama merupakan Nokia 9000 Communicator
pada 1996 yang memasukkan fungsi PDA pada telefon bimbit asas masa itu.
Ketika pengecilan dan peningkatan kuasa pemprosesan cip mikro telah
membolehkan semakin banyak cirri ditambah kepada telefon, konsep telefon
pintar telah berubah, dan apa yang dianggap telefon pintar tahap tinggi
lima tahun dahulu, merupakan telefon piwaian masa kini. Beberapa siri
telefon telah diperkenalkan bagi menangani segmen pasaran tertentu,
seperti RIM Blackberry mensasar keperluan surat-e bagi pengguna
enterprise/korporate; siri SonyEricsson Walkman bagi telefon muzik dan
siri Cybershot telefon kamera; dan Nokia N-Series bagi telefon
multimedia. Apple iPhone merupakan satu contoh lain bagi telefon pintar
multi media.
Telefon bimbit sering memiliki ciri-ciri yang lebih dari sekadar
menghantar pesanan teks dan membuat panggilan suara, seperti melayari
Internet, memainkan muzik (MP3),
merakan memo, fungsi pengurus persendirian, surat-e, pesanan segera,
kamera dan perakam video bina dalam, nada tone, permainan, radio, Push-to-Talk (PTT), sambungan infra dan Bluetooth,
daftar pemanggil, keupayaan menonton aliran video atau turun terima
video untuk dilihat kemudian, panggilan video dan bertindak sebagai
modem tanpa wayar bagi Komputer, dan tidak lama lagi bertindak sebagai
konsole bagi permainan di talian dan permainan berkualiti tinggi yang
lain. Jumlah keseluruhan perkhidmatan data mudah alih melebihi jumlah
dibayar bagi perkhidmatan berbayar Internet, dan bernilai 31 bilion
dolar pada 2006 (sumber Informa). Kategori terbesar perkhidmatan mudah
alih adalah muzik, pindah terima gambar, permainan video, hiburan
dewasa, judi, video/TV.
